Jangan Pandang Rendah Kemampuan Turki Menjadi Kuasa Besar Dunia!!! Ini Kekuatan Turki Yang WAJIB Kita TAHU!!!
Insiden Turki-Rusia baru ni mencetuskan satu
isu yang besar dikalangan negara NATO-Rusia. Konflik ini tercetus hasil dari
insiden Turki menembak jatuh jet pejuang SU-24 Rusia kerana dikatakan
menceroboh ruang udara Turki.
Kekuatan pengaruh Turki melalui kekuatan
“softpower” dan “smart power” sangat penting dalam membentuk landskap politik
timur tengah dan negara Islam malah Barat sangat memerlukan pengaruh Turki di
Timur Tengah.
Soft power didefinisikan sebagai satu
kebolehan sesebuah negara untuk menarik dan mempengaruhi negara lain
bekerjasama berbanding dengan cara paksaan, menggunakan kekuasaan tentera,
memberi duit atau habuan. Ciri-ciri penting soft power ini adalah soft power
tidak menggunakan paksaan. Kuasa soft power ini datang dari pengaruh budaya,
kebijaksanaan menguruskan polisi luar negara dan nilai politik.
Smart Power pula merupakan satu strategi
sesebuah negara yang mementingkan keseimbangan antara kuasa ketenteraan, dasar
polisi luar negara, kerjasama serantau dan negara-negara luar serta pengaruh
sesebuah negara melalui institusi sesebuah negara itu di negara luar.
Kekuatan Turki di Timur Tengah menjadi satu
ancaman buat beberapa negara Eropah dan kuasa besar dengan kemenangan Parti AKP
Turki dalam pilihanraya baru-baru ini memberi satu kenyataan bahawa Parti AKP
bakal mengekalkan momentum baru di Timur Tengah.
Turki mempunyai kekuatan “soft power” yang
kuat di Timur Tengah dan di Eurasia, perkembangan ini sedikit membimbangkan
negara Barat. Turki berjaya menarik pengaruh negara Islam dengan penggunaan
“sympathy soft power”. Turki dinobatkan negara keempat tertinggi memberi
sumbangan kepada pelarian dengan sumbangan mencecah $4.2 Billion pada tahun
2012 sahaja menurut laman web Todayszaman[¹].
Selain itu, Turki berjaya menguatkan pengaruh
di negara-negara Islam dengan pembinaan masjid di negara-negara jiran yang
mempunyai penduduk Islam. Soft power “mosque diplomacy” yang digunakan Turki
adalah bagi mengukuhkan hubungan umat Islam[²] dan meningkatkan dinamika
hubungan antara Turki dan negara Islam lain.
Contoh “mosque diplomacy” yang berlaku
diantara Turki dan umat Islam adalah seperti projek masjid di Havana, Cuba dan
Tirana, Albania . Kerajaan Turki berjaya menambat hati penduduk Islam di negara
tersebut malah pembinaan masjid ini sama seperti strategi Tun Dr Mahathir di
Bosnia-Herzegovina dimana beliau dijemput sebagai perasmi masjid baru yang
dibina di sana.
Pengaruh Turki yang semakin kuat di dalam
kalangan umat Islam seluruh dunia menjadikan Turki salah satu pemain yang
penting di pentas global.Kehadiran Turki sedikit sebanyak menggusarkan Israel
dan sekutu di dalam usaha mereka menguasai politik dunia.
Pada perang Iraq yang lepas, Erdogan
menggunakan kuasa beliau bagi menghalang Amerika Syarikat memasuki Iraq melalui
laluan Turki. Di sini dapat dilihat bahawa Turki sedang berusaha membaiki
hubungan negara serantau terutama negara-negara Islam di timur tengah dan di
Davos, Erdogan berjaya menyatakan pendirian beliau yang selari dengan umat Islam
di seluruh dunia yang marah terhadap terhadap Presiden Israel Simon Peres pada
ketika itu. Baru-baru ini juga pada krisis pelarian Rohingya, Turki menghantar
kapal bagi membantu pelarian myanmar yang terkandas di laut. Dengan usaha ini,
Turki berjaya meningkatkan sokongan dan imej Turki di mata rakyat negara Arab
dan dunia Islam secara keseluruhanya.
Turki juga mempunyai kekuatan tentera yang
tidak kurang hebatnya dengan kekuatan tentera Turki menduduki tempat ke-10
dunia[³]. Turki telah melancarkan pelbagai operasi di seluruh dunia seperti di
Afghanistan, Bosnia, Kosovo, Cyprus, Perang Korea dan operasi menentang
pengganas Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Islamic State of Iraq and Syria.
Operasi menentang pengganas ini masih
beroperasi sehingga hari ini. Penggunaan ketenteraan ini menunjukkan Turki
bukan sahaja berkebolehan dalam menggunakan diplomasi sebagai kuasa politik
malah Turki mempunyai kekuatan tentera yang mampu menyaingi negara barat dan
mampu menggunakan kekuasaan ketenteraan seandainya perlu apabila jalan
diplomasi sudah tertutup.
Hasil dasar polisi luar negara Turki di Timur
Tengah dan negara Islam, Turki berjaya membina satu kuasa politik yang kuat dan
mendasar di dalam hubungan Turki dan negara-negara Islam di seluruh dunia dan
elemen ini sangat penting dalam situasi terkini Timur Tengah.
Rusia kehilangan sahabat politik kerana
kurangnya kuasa “soft power” Rusia bersama negara Islam. Umat Islam berjaya
membaca permainan Rusia yang cuba mengikat umat Islam untuk bersama Rusia dan
meninggalkan blok dunia Barat namun tampaknya Rusia tidak jauh bezanya dengan
Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, hasil diplomasi Turki yang
bijak bersama negara-negara Islam seperti Malaysia, umat Islam di seluruh dunia
kini mempunyai satu entiti yang kuat bagi menempuhi ancaman Barat dan Rusia.
Kegusaran umat Islam di era ini adalah bahawa
kita tidak mempunyai rakan sekutu yang mampu menandingi negara Barat dan
kurangnya kepercayaan umat Islam terhadap sekutu negara Islam. Negara Islam
lain perlu berusaha membangunkan dasar hubungan luar yang lebih mantap dan
bijak menangkis peluru-peluru pengaruh negara Barat.
Negara Islam perlu berhenti bercakaran sesama
sendiri hanya kerana bagi melindungi kepentingan negara masing-masing dengan
melihat kepada kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Kebijaksanaan Turki ini
sepatutnya dimanfaatkan negara Islam dalam bersama bersepakat membangunkan dan
membantu negara Islam yang tertindas seperti Palestin dan juga melindungi
kepentingan umat Islam di seluruh dunia.
Dikutip dari tambahcheeze.com
0 Response to "Jangan Pandang Rendah Kemampuan Turki Menjadi Kuasa Besar Dunia!!! Ini Kekuatan Turki Yang WAJIB Kita TAHU!!!"
Post a Comment